Najib Ziarah Jenazah Isteri Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini menziarahi jenazah isteri bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, yang meninggal dunia malam tadi.

 

Najib tiba di kediaman Tengku Razaleigh pada pukul 8.30 pagi dan berada kira-kira 10 minit di situ.

 

Bercakap kepada pemberita sebelum beredar meninggalkan kediaman di Jalan Langgak Golf di sini, Perdana Menteri menyifatkan pemergian Allahyarham Noor Yvonne sebagai satu kehilangan besar buat Tengku Razaleigh.

 

“Arwah telah memberi banyak sokongan kepada Tengku Razaleigh. Ia satu kehilangan yang amat dirasai Tengku Razaleigh.

 

“Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya ringkas.

 

Noor Yvonne, 68, yang menghidap sejenis kanser darah, meninggal dunia pada pukul 7.05 malam tadi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

 

Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.