Kerana ‘Air’ Lelaki Sanggup Kahwin Lebih

Kuala Lumpur – Terdapat sebilangan golongan lelaki yang bergelar suami sanggup mengahwini lebih seorang wanita bagi memaksa mereka mengangkut air dari perigi di sebuah perkampungan Maharashtra di barat India.

 

Demi mendapatkan bekalan air yang mencukupi, penduduk Kampung Denganmal terpaksa bergantung kepada perigi sebagai punca air berikutan masalah kemarau sejak kebelakangan ini.

 

Sakharam Bhagat, yang berusia 66 tahun berkata golongan isteri di perkampungan tersebut digelar sebagai ‘isteri air’ kerana mereka dipaksa berkahwin hanya semata-mata untuk mengangkut air.

 

“Saya sendiri mempunyai tiga isteri. Jika isteri pertama sibuk melakukan kerja rumah, isteri kedua sakit, yang ketiga akan angkut air di perigi. Kerja mengangkut air mengambil masa berjam-jam kerana penduduk kampung bergantung dengan perigi tersebut.

 

“Berkahwin lebih dari seorang demi untuk kerja ini adalah normal di kampung ini kerana negeri kami sering dilanda musim kemarau yang teruk setiap tahun,” katanya yang dipetik Reuters.

 

Menurut Bhagat, golongan wanita di kampung itu gembira dengan perkahwinan sebegitu kerana dapat tolong menolong antara satu sama lain ketika menghadapi kesusahan.

 

Semua isteri Bhagat tinggal serumah, namun dia menyediakan bilik dan dapur berlainan bagi mereka selain tugasan mengangkut air dilakukan secara bergilir-gilir.

 

Poligami adalah salah di sisi undang-undang India, namun beristeri lebih dari seorang adalah perkara biasa di sesetengah tempat seperti Kampung Denganmal.

 

Isteri Air 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.