Istana Terengganu Direka 100 Bilik

Kuala Lumpur – Jurugambar, Von Wong diberi peluang untuk membuat video pendek mengenai Istana Diraja terbaru di Malaysia.

 

Istana Terengganu, yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia dinamakan ‘Syarqiyah’ yang bermaksud ‘Permata Timur’.

 

AsiaOne.com melaporkan istana tersebut mempunyai 100 bilik yang semuanya berbeza antara satu sama lain, 14 tan pintu gangsa, dewan yang ketinggiannya lebih daripada tiga tingkat dan air pancut serta menara di taman-taman yang menggabungkan corak traditional negeri Terengganu dengan seni bina Alhambra Islam.

 

Istana itu direka oleh arkitek, Bill Bensley dan mengambil masa 15 tahun untuk menyiapkannya, di mana 5,000 lukisan unik yang panjangnya sembilan meter dibina.

 

Bensley memberi perhatian besar kepada perincian dalam reka bentuk dan penciptaan istana, yang juga mempunyai jubin seramik Maghribi yang dipotong sendiri dan pelbagai jenis barangan gangsa antik tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.