Dialog Mesti Bawa Kebaikan Bersama – PM

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat.

 

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, perjumpaan dan dialog itu hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah pada kita semua.

 

“Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama,” katanya dalam entri blog beliau NajibRazak.com.

 

Pagi semalam Najib dijadualkan menghadiri satu program bersama badan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam bertajuk “Dialog PM Bersama NGO”.

 

Namun program tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan pihak polis kerana mengambil kira faktor keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.