Rafizi dilapor kembali bertugas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli telah kembali bertugas bermula hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh beberapa sumber kepada portal Malaysiakini.

Namun mereka tidak dapat mengesahkan sama ada Rafizi akan memberi sebarang penjelasan berhubung cuti yang diambilnya, yang dikaitkan dengan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pemilihan cabang PKR baru-baru ini.

Pada 30 April lalu, seorang menteri yang enggan dinamakan berkata Rafizi sedang bercuti, di tengah khabar angin dia akan meletakkan jawatan sebagai menteri.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan mesyuarat Kabinet hari ini bahawa Rafizi sedang bercuti beberapa hari.

“Tiada peletakan jawatan berlaku, dan khabar angin ini sama sekali tidak benar,” katanya.

Di sebalik kritikan beberapa pihak, Perdana Menteri menyifatkan cuti Rafizi sebagai bukan isu besar dan perkara biasa bagi seorang pekerja.

“Beberapa hari sahaja cuti, bagilah… tak ada isu pun. Saya pun nak cari beberapa hari nak cuti,” kata Anwar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat