PRN Sabah perlukan kerjasama ikhlas demi pembangunan negeri – Abd Hajan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kian terasa apabila suara dari akar umbi semakin kuat menuntut kematangan politik dan kerjasama ikhlas demi pembangunan negeri itu.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sulabayan, Datuk Abd Hajan Gurimbang, meminta agar kesemua pemimpin di negeri itu bersatu di bawah satu gagasan demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya merasakan sudah tiba masanya barisan pimpinan di Sabah, parti-parti di Sabah ketepikanlah fahaman-fahaman yang boleh merosakkan pentadbiran negeri.

“Jadi seandainya para pemimpinnya bersatu sudah tentu masyarakat harmoni dan pembangunan dapat kita laksanakan tanpa ada gangguan daripada mana-mana pihak khususnya parti-parti pembangkang.

“Dan saya mengharapkan supaya barisan pimpinan yang ingin mengemudi pimpinan negeri Sabah bersatulah dan bernaunglah di bawah pimpinan GRS.

“Kerana inilah satu-satunya parti tempatan yang boleh menyatu padukan kumpulan parti-parti negeri Sabah khususnya lokal parti,” katanya dalam satu temubual khas bersama Suara TV.

Sementara itu ditanya mengenai kawasan DUN N64 Sulabayan, Semporna, beliau menjelaskan perkampungan tersebut didiami oleh masyarakat rumpun Bajau Samah yang masih perlu diberi perhatian dari pelbagai aspek.

“Pada hari ini, masyarakat di Pulau Bumbum memerlukan satu perubahan khususnya dalam pembangunan bila mana daerah Semporna telah terkenal, dikenali sebagai daerah pelancongan.

“Jadi sudah tentunya Pulau Bumbum merupakan satu pulau yang terbesar di negeri Sabah, di pantai timur dan mempunyai aktiviti-aktiviti pelancongan dan di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor telah memfokuskan kepada dua perkara iaitu satu dalam sektor pelancongan dan pertanian.

“Pulau Bumbum adalah pulau terbesar di pantai timur Sabah, dengan lebih 61 kampung dan 12 buah sekolah rendah.

“Tapi sehingga kini, kita masih bergelut dengan kemudahan asas yang lemah. Jambatan yang dijanjikan satu ketika dahulu dibatalkan, jadi kita cadang pelan B , feri tetap.

“Dengan tanah-tanah terbiar lebih kurang 12,000 hektar di Pulau Bumbum seandainya kerajaan pada hari ini diberi peluang sekali lagi sudah tentunya tanah-tanah terbiar dan sektor pelancongan ianya akan berkembang lebih besar lagi,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu mengenai tujuh teras pembangunan Sulabayan yang menjadi dasar bagi menggerakkan pembangunan di kawasan tersebut.

Antaranya termasuk keperluan pentadbiran daerah kecil di Pulau Bumbum, pengukuhan pendidikan, pengembangan pelancongan melalui potensi ‘Blue Economy’, dan pemerkasaan pemahaman rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan semasa.

Sementara itu, beliau turut menyokong Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dibawa oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sesuai dengan keperluan rakyat ke arah kemajuan yang holistik dan kesejahteraan yang merangkumi setiap lapisan.

Beliau turut menyifatkan pendekatan yang dibawa oleh Hajiji sebagai inklusif dan berpaksikan rundingan bersama dalam gabungan kerajaan.

“Pentadbiran Datuk Seri Hajiji Noor pada hari ini mengambil kira tentang keluhan masyarakat diakar umbi dan keputusan itu bila dia melaksanakan keputusan, ianya dilaksanakan melalui gabungan parti-parti dia tidak membuat keputusan bersendirian.

“Beliau (Hajiji) mengimbangi tentang keperluan rakyat dan keutamaan apa yang harus dilaksanakan justeru itu pada hari ini melalui Sabah Maju Jaya yang di ilhamkan oleh YAB Ketua Menteri banyak program bantuan-bantuan yang disalurkan kepada rakyat tetapi bantuan ini disalah ertikan oleh pembangkang khususnya adun-adun yang tidak berpuas hati dengan kerajaan pada hari ini,” katanya.

Dalam isu kerjasama politik bagi menghadapi PRN Sabah kali ini, Datuk Hajan berpandangan gabungan GRS, PH dan BN wajar dilakukan di Sabah sama seperti di peringkat Persekutuan.

“Kita kena ambil contoh Sarawak. Satu suara, satu hala tuju. Kalau kita berpecah hanya kerana cita-cita peribadi, rakyat yang rugi. Cukuplah sudah,” tegasnya.

Beliau juga mengakui ada segelintir pemimpin yang bercita-cita besar, dan menyeru agar mereka menginsafi tanggungjawab kepada rakyat lebih utama daripada impian politik peribadi.

“Jawatan Ketua Menteri itu satu sahaja. Kita kena akur kepada mandat ADUN yang dipilih rakyat. Kalau semua nak jadi Ketua Menteri, siapa yang nak urus pembangunan?,” katanya.

Bercakap soal kekuatan PGRS menjelang PRN Sabah, Datuk Hajan tidak menafikan partinya masih baharu namun beliau yakin barisan kepimpinan PGRS terdiri daripada pemimpin berpengalaman dan berwibawa.

“Kita bukan calang-calang. Kita ada visi, ada pelan pembangunan. Bantuan-bantuan sudah disampaikan kepada rakyat untuk golongan miskin, peniaga kecil, pelajar, semuanya tersusun. Kita hanya minta peluang untuk teruskan,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat