Kilang Benih Padi Perak mampu hasil 250,000 beg benih padi setahun – Mat Sabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kilang Benih Padi Sah Pertubuhan Peladang Negeri Perak di Parit Buntar adalah bukti usaha untuk memperkukuh industri padi dan beras negara.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dengan mesin dan teknologi moden, kilang ini mampu menghasilkan 250,000 beg benih padi sah setiap tahun yang akan membantu lebih 16,000 pesawah di Perak.

“Alhamdulillah, satu lagi sejarah tercipta di Perak hari ini. Saya menjunjung kasih kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, kerana sudi mencemar duli merasmikan Kilang Benih Padi Sah Pertubuhan Peladang Negeri Perak di Parit Buntar.

“Keberangkatan baginda serta Raja Permaisuri Perak amat besar maknanya, bukan sahaja kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), tetapi juga kepada seluruh warga Pertubuhan Peladang.

“Kilang ini adalah bukti usaha bersama kita untuk memperkukuh industri padi dan beras negara. Dengan mesin dan teknologi moden, kilang ini mampu menghasilkan 250,000 beg benih padi sah setiap tahun yang akan membantu lebih 16,000 pesawah di Perak,” kata Mohamad.

Memperincikan visi dan misi KPKM, Mohamad memberitahu tahun ini, KPKM memberi tumpuan kepada dua agenda penting iaitu reformasi industri padi dan beras; meningkatkan pengeluaran daging lembu dan kerbau (ruminan).

“Bagi sektor padi, KPKM sedang berusaha meningkatkan kadar pengeluaran beras negara daripada 56 peratus kepada sekurang-kurangnya 71 peratus.

“Usaha ini melibatkan pembinaan infrastruktur, pembangunan jelapang padi baharu di Sabah dan Sarawak, menghidupkan kembali sawah terbiar dan memperkukuh keseluruhan rantaian industri.

“Kilang seperti ini bukan hanya bantu pesawah malah turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan memberi manfaat ekonomi jangka panjang.

“Saya percaya, dengan kerjasama semua pihak, industri padi kita akan lebih mampan, berdaya saing dan berupaya menjamin bekalan makanan negara untuk masa depan.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita diberkati dan memberi manfaat besar kepada rakyat,” ucap beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat