Video: Lakukan Pemberhentian Darurat, Roller Coaster Ini Tergantung Selama 2 Jam Pada Ketinggian 100 Kaki

 

Lebih 60 orang terkandas apabila sebuah roller-coaster di taman bertema Universal Studios di Jepun tiba-tiba terhenti pada ketinggian antara 20 hingga 30 meter selepas peralatan keselamatan dikesan mengalami kerosakan.

thetravelintern.com

Mekanisme keselamatan diaktifkan sebagai langkah kecemasan dan kesemua penumpang diselamatkan oleh pasukan bantuan kecemasan selepas mereka terkandas selama dua jam.

Sesetengah pengunjung berkata mereka berasa gerun selepas mendapat tahu tentang insiden itu. Seorang wanita 42 tahun dari bandar Hiroshima yang berkunjung ke situ bersama ketiga-tiga anaknya berkata: “Sangat mengerikan untuk saya bayangkan kami yang menaiki roller-coaster itu. Saya tidak mahu menaikinya lagi”.

Seorang lagi wanita 24 tahun, dari bandar Kumamoto yang menaiki roller-coaster itu sejurus sebelum insiden berlaku terkejut mendengar berita tentang kemalangan tersebut. “Ia memang pun permainan yang mengerikan, lantas saya mahu mereka mengendalikannya dengan selamat”.

Namun begitu, insiden tersebut tidak menghalang orang ramai di taman bertema itu untuk menaiki roller-coaster berkenaan sebaik saja ia kembali beroperasi pada 7.00 malam.

Menurut media Jepun, roller-coaster “Flying Dinosaur” itu pernah terkandas tiga kali antara 2016 dengan 2017 ketika dinaiki pengunjung.

themeparkinsider.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.