Keluarga Halang Mahathir Lawat Pusara Nik Aziz

KOTA BHARU – Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad menziarahi pusara Bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Nik Abdul Aziz tidak kesampaian apabila keluarganya tidak membenarkan.

Mahathir berhasrat melawat pusara berkenaan selepas majlis ramah mesra dengan orang ramai di Kok Lanas.

Percubaan gimik politik ini gagal setelah pihak keluarga mengetahui perkara tersebut.

Ahli keluarga Nik Aziz kemudian memenuhi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka bagi menghalang Mahathir dari menziarahi pusara berkenaan.

Turut hadir ialah anak ketiga Allahyarham, Nik Adli Nik Badul Aziz serta anak saudaranya, Ahmad Dasuki Abd Rani.

Menurut Nik Adli,tindakan tersebut dilakukan kerana melihat ia mempunyai kepentingan politik.

Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata bahawa Mahathir boleh sahaja menziarahi pusara ayahnya namun selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau kemudiannya mengambil tindakan mengunci pagar pintu masuk pusara tersebut.

Sebelum ini Mahathir turut menziarahi pusara Allahyarham Fadzil Noor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.