Ahli Dedah Fitnah-Fitnah Yang Bakal Disebar DAP Menjelang PRU14

KUALA LUMPUR – DAP terbukti dalang utama yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu (fake news) dan propaganda jahat berbentuk fitnah terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kata Ahli seumur Hidup DAP, Amran Ahmad.

Beliau mendedahkan partinya sengaja memburuk-burukkan kerajaan termasuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta keluarganya menerusi beberapa video dan risalah dengan matlamat untuk meracuni pemikiran rakyat.

“Tujuan saya membuat sidang akhbar pada hari ini untuk membuat satu pendedahan tentang salah laku fitnah yang terancang serta propaganda jahat yang digunakan DAP atas nama Pakatan Harapan (Harapan),” katanya dalam sidang media di sini, semalam, petik Newshub

Ujarnya lagi, hasrat untuk membuat pendedahan mula timbul selepas beliau menyedari peranannya dalam parti itu mulai terpesong daripada landasan sebenar perjuangannya.

“Saya telah menjalankan banyak kempen menerusi Biro Publisiti DAP dan turun berceramah beberapa tempat sejak minggu lalu dalam ceramah umum gabungan pembangkang PKR untuk PRU-14.

“Namun, dalam dua hari lepas saya sedar apa yang saya buat ini tidak betul. Saya bekas wartawan, saya diajar mengangkat dan sebar kebenaran tetapi menyertai pasukan DAP ini telah terpesong niat sebenar saya dengan membuat propaganda jahat seperti ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Amran menuding Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan pembantunya Yeo Bee Yin sebagai orang yang bertanggungjawab terutama untuk mengarang kandungan media manakala Setiausaha Agung Parti itu iaitu Lim Guan Eng sebagai pemberi arahan kepada pasukan publisiti.

“Saya telah diberi peranan untuk membantu cybertrooper DAP yang digelar ‘Red Bean Army’ untuk membuat, menyampaikan serta menyebarkan propaganda DAP dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada,” tulis Amran dalam laporan poli

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tidak mahu lagi bersekongkol dengan kejahatan DAP dalam menyebarkan apa yang dianggapnya sebagai maklumat palsu semata-mata untuk memikat hati pengundi.

Sementara itu, beliau mengesahkan satu laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi membolehkan tindakan diambil terhadap dakwaan tersebut.

Malah, beliau juga telah menyerahkan segala bukti berkaitan puluhan rakaman video dan risalah jahat yang disebarkan DAP untuk tujuan siasatan lanjut.

“Saya minta polis siasat menyeluruh dan segera menghentikan penyebaran propaganda jahat serta fitnah ini dalam masa beberapa hari lagi sebelum PRU-14 dan tangkap segera kepala di sebalik tindakan ini,” katanya.

Bahkan, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah Amran mengakui tidak gentar berhadapan dengan tindakan yang akan dikenakan oleh kepemimpinan DAP atas pendedahan yang dibuat.

Sehubungan itu, Mynewshub difahamkan oleh satu sumber berasingan, segala aktiviti berkaitan penghasilan propaganda dan fitnah banyak berlaku di Ibu Pejabat DAP di Cheras.

“Mesyuarat melibatkan pemimpin DAP mengenai apa yang perlu dibuat dan peribadi siapa perlu diserang semuanya akan dibincangkan secara berkumpulan,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, aktiviti penyebaran bahan-bahan berbentuk fake news dan fitnah sudah dimulakan jauh lebih awal daripada bermulanya musim PRU.

“Bahan-bahan yang anda dapat dekat Whatsapp itu semua datangnya pada DAP la,” kata sumber itu.

Amran ialah anak kepada Ahmad Nor yang juga merupakan bekas naib pengerusi DAP dan mantan ahli parlimen Bayan Baru.

Sebelum bekerja dengan DAP, beliau merupakan seorang wartawan di Utusan Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan akhbar harian tersebut.

Selain itu, Amran juga pernah bekerja untuk Lim Guan Eng pada 2010 dan kemudian beliau menyertai Malaysiakini selama hampir setahun sebelum berhenti pada tahun lalu dengan alasan mahu menceburi bidang politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close