Video : Wak Doyok Tak Boleh English Menjadi Bahan Lawak Dan Kutukan Peminat

Kuala Lumpur – Tindakan penyiar Astro Gempar yang memaparkan rakaman pendek temubual Ikon Fesyen, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Tengku Muhammad Azwan Shah yang dikatakan tidak boleh berbahasa English dengan fasih menjadi bahan jenaka para pengguna media sosial.

Tidak dapat dipastikan apakah rakaman tersebut sengaja dibuat untuk dijadikan bahan lawak atau Pemilik jenama The Garment yang dikenali kerana fesyen berani Mods (modern stylish) itu sememangnya tidak mampu untuk berbahasa English dengan baik?

Ini kerana, menurut sumber rakaman temubual itu dibuat untuk promosi Skool of Lawak, program komedi terbaru terbitan Astro.

Beliau yang sebelum ini terkenal dengan imej bermisai dan berjanggut tebal ala maskulin era Inggeris 60-an itu sememangnya sudah lama popuar dalam kalangan pencinta dan pereka fesyen.

Pihak kami cuba untuk menghubungi Wak Doyok bagi mendapatkan komen berhubung isu ini, namun gagal.

Berikut adalah antara komen mereka yang menyaksikan rakaman klip video berdurasi 0.24 saat itu.

“Poyo nak mampuih. style nak omputih je. Tengah hari pun nak pakai coat bagai. Sekali nak cakap omputih macam nak cirit. Apa daaaa. Prestige. Lol” – Noeaina Best

“Lorr..ingat dia ni hebat sangat, dok terbayang la dia cakap omputeh meleleh…sape jadikan dia idola..lupakan je la” – Naim Zaharman

“Soalan dia cakap pasal perubahan suhu yang berlaku dekat malaysia ni, climax changes, macam kerap mengalami kepanasan global warming.. dan jawapan dia memang xleh blah haha.., last word.. berprestis” – Tryteka

2 thoughts on “Video : Wak Doyok Tak Boleh English Menjadi Bahan Lawak Dan Kutukan Peminat

  • May 6, 2014 at 8:46 pm
    Permalink

    btw sebelum tryteka nk comment make sure dia pon betulkan dulu dia punya english.. and it is climate change dear not climax :)) major lols :))

    Reply
  • May 7, 2014 at 2:55 am
    Permalink

    lol.dia da smpai kat luar negara..ko da ker..ok apa…dia bulan2 masuk 1-10k..ko ada??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.