VIDEO SERAM : Penghuni Apartment Flora Damansara Dakwa Rakam Suara Hantu?

Kuala Lumpur – Kecoh apabila ramai di kalangan pengguna media sosial berkongsi dan mengatakan mengenai satu rakaman suara aneh yang didakwa kononnya suara hantu di apartmen Flora Damansara di Damansara Perdana.

Ada yang mengatakan, ia adalah merupakan rakaman sebenar, suara yang menggangu para penghuni di kawasan tersebut, namun tidak kurang juga ada yang merasakan ia hanyalah sengaja diada-adakan.

Paling menarik, ada di kalangan para wartawan yang merasakan ia adalah merupakan helah pihak tertentu yang sengaja ingin mengemparkan masyarakat khususnya pihak berkuasa.

Ini kerana, menurut mereka sejak kebelakangan ini kawasan tersebut semakin dipenuhi dengan pendatang tanpa izin.

Malah menurut wartawan kanan TV3, Mazidul Akmar Sidik kawasan penempatan di Flora Damansara itu bukan sahaja berdepan dengan masalah lambakan warga asing malah sebelum ini beberapa kes jenayah seperti bunuh dan bunuh diri juga sering berlaku di penempatan sama.

Rujuk pendedahan beliau berhubung masalah ini.  OPERASI NIGER II

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.