Terkini Warga China Diculik Di Perairan Pantai Timur Sabah

Warga China yang pernah di culik di Sabah
Warga China yang pernah di culik di Sabah

KUALA LUMPUR 6 Mei – Satu lagi insiden penculikan dilaporkan berlaku di perairan pantai timur Sabah awal pagi ini, dipercayai dilakukan oleh kumpulan penculik dari selatan Filipina.

Dalam kejadian pukul 2.55 pagi di perairan Silam, Lahad Datu, seorang lelaki dipercayai warga China yang menjalankan perusahaan sangkar ikan telah dilarikan sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menaiki bot.

Mangsa dikenali sebagai Yang Zailin dilaporkan telah dilarikan selepas sekumpulan penculik itu menyerbu premis sangkar ikan milik lelaki terbabit. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.