Teresa Kok Didakwa Isu Video Kontroversi Di Mahkamah Hari Ini

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan didakwa di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pukul 9.30 pagi Selasa berhubung penyiaran video kontroversi Tahun Baru Cina ‘Onederful Malaysia’ di Youtube, Januari lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Kok akan didakwa dan polis telah melengkapkan kertas siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia itu.

Khairi bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen sama ada Kok akan didakwa atas kesalahan menghasut.

Dalam video berdurasi 11 minit yang dimuat naik pada 27 Januari lalu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga panel mengenai Feng Shui pada Tahun Baru Cina.

Panel di dalam video itu didakwa mengeluarkan kenyataan menyindir, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.