Saya Gembira Anwar Masuk Penjara – Hishamuddin Rais

Kuala Lumpur – Aktivis terkenal Hishamuddin Rais berkata, beliau gembira jika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi merengkok dalam penjara selepas disabitkan kesalahan dalam kes liwat terhadapnya.

Bercakap dalam forum sempena setahun selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu, Hishamuddin berkata, beliau percaya penahanan Anwar akan membolehkan gerakan menghasut rakyat dijalankan.

“Saya gembira jika Anwar masuk penjara, ia perkara yang baik, kita boleh menghasut orang ramai kembali ke jalan raya,” kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu.

Penahanan Anwar pada 1998 membangkitkan gerakan reformasi yang menyaksikan orang ramai turun ke jalan raya yang kemudian memberi tamparan hebat kepada BN yang hilang penguasaan di Terengganu dan Kelantan ketika itu.

Hishamuddin juga berkata, beliau senang hati melihat PAS berpecah ekoran kontroversi hudud.

“Penyucian ini proses biasa dalam parti politik, Ia akan memisahkan antara kumpulan dalam PAS yang ghairah dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.