Enjin Vietnam Airlines Meletup

Melbourne (Australia) – Sebuah pesawat Vietnam Airlines gagal berlepas apabila enjin meletup mengakibatkan serpihannya bertaburan di landasan di Lapangan Terbang Melbourne, Australia, pagi tadi.

Menurut jurucakap Lapangan Terbang Melbourne Anna Gillett, kerosakan berlaku ketika pesawat Vietnam Airlines 780 baru hendak berlepas ke Ho Chi Minh.

Pesawat jenis Airbus A330 itu terhenti di landasan menyebabkan pesawat lain tersekat dan jadual penerbangan dihentikan selama 40 minit.

“Dalam kejadian itu, serpihan serta percikan api kelihatan di landasan,” kata Gillette.

“Ada juga khabar angin yang tersebar mengatakan pesawat itu terbakar, itu semua tidak benar,” tambahnya.

Beliau berkata, tiada kecederaan laporkan dan perkara ini sedang disiasat. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.