Emma Maembong Berpasangan Dengan Sharnaaz, Peminat Beri Amaran Pada Zizan

Ramai sedia maklum, yang lakonan mantap Sharnaaz Ahmad dan pasangan telah berjaya mencipta fenomena Jebat Foo dan melonjakkan rating drama ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ (BKATC). Malah aksi romantis dua pelakon itu dalam menghidupkan watak masing-masing menyebabkan hubungan Nelydia Senrose dan kekasihnya, pelakon dan pengacara Qi Razali sedikit goyah.

Namun sebaik drama BKATC tamat, kini Sharnaaz digandingkan pula dengan seorang pelakon yang tidak kurang cantik iaitu Emma Maembong.

Menerusi sekeping foto yang dikongsikan oleh Emma di Instagramnya, teman wanita kepada pelakon dan pelawak, Zizan Razak itu memegang watak sebagai Dian manakala Sharnaaz pula sebagai Farhan menerusi karya terbaru berjudul ‘Bintang Hati’.

Emma Maembong 2

Apa yang lebih menarik, terdapat segelintir peminat menasihati Zizan supaya tidak membenarkan Sharnaaz memeluk atau melakonkan adegan terlebih mesra dengan Emma.

Emma Maembong 3

Walaupun ianya sekadar gurauan, namun ramai juga yang seakan menjangka Sharnaaz dan Emma bakal mencipta keserasian tersendiri menerusi gandingan mereka kali ini. Atau… mungkin juga isu panas, heh. Jadi, kita nantikan saja tayangkan drama ini nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.