Aktor Handalan Dilarang Main Judi Di Las Vegas

 

AKTOR Ben Affleck dilarang untuk bermain permainan judi blackjack di sebauh kasino di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, aksinya ketika sedang bermain judi itu di Hard Rock Casino, Las Vegas dihentikan oleh beberapa orang pengawal keselamatan.

Menurut sumber, cara permainan aktor itu terlalu baik sehingga diminta untuk berhenti.

Pengawal tersebut meminta agar pelakon itu mencuba permainan lain di kasino tersebut.

Seperti dilapor Rauters, aktor itu dipercayai menggunakan sesuatu taktik khas untuk memenangi permainan tersebut.

Bagaimanapun, pihak Hard Rock Hotel yang dihubungi enggan mengulas tentang perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.