278 Liat Bayar Caruman KWSP Dihalang Keluar Negara

Kuala Lumpur: Seramai 278 nama pengarah syarikat dikemukakan kepada Jabatan Imigresen bagi tempoh Januari hingga Mac 2014 untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menyelesaikan tunggakan caruman KWSP pekerja mereka seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada suku tahun sama, 157 majikan tidak mencarum didenda RM218,650 oleh mahkamah di bawah Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991.

Sebanyak 251 saman sivil dan 775 kes jenayah juga difailkan di mahkamah terhadap pengarah syarikat dan majikan yang tidak membayar caruman bulanan KWSP pekerja mereka.

“KWSP mengingatkan semua majikan melaksanakan tanggungjawab membayar caruman bulanan KWSP pekerja dengan teratur dan tepat pada masanya kerana caruman ini hasil titik peluh pekerja untuk persaraan mereka,” kata Pengurus Besar Komunikasi Korporat KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan semalam.- BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.