MBAS Tambah CCTV, Tingkat Kecekapan Ke Arah ‘Bandar Selamat’

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) komited untuk meneruskan projek pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di bawah program ‘Bandar Selamat’ hasil daripada usaha sama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

MBAS akan meningkatkan lagi tahap kualiti dan juga bilangan CCTV dalam Bandaraya Alor Setar dan telah melaburkan sejumlah peruntukan yang terbaharu bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara CCTV sedia ada di 13 lokasi ‘hotspot ’.

Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Hj. Abdul Gafar Yahya berkata, pemasangan CCTV melibatkan beberapa lokasi tumpuan orang ramai, di kawasan rekreasi, dan kawasan ‘blackspot’ (lokasi hitam).

“Tujuan utama pemasangannya di lokasi strategik adalah untuk memantau lalu lintas, mencegah jenayah, dan membantu agensi penguatkuasaan melaksanakan tugas dengan lebih efektif.

“Dengan penambahan ini, kami berharap dapat menjadikan Alor Setar sebagai contoh bandar yang selamat dan mesra penduduk,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

“Langkah itu juga dijangka dapat memperkukuh sistem pemantauan dan meningkatkan kecekapan operasi keselamatan bandar.

“Dalam usaha mempertingkatkan kawalan, MBAS juga sedang dalam perancangan untuk menaik taraf bilik kawalan sedia ada kepada sebuah Pusat Kawalan Komunikasi (Command Centre) yang lebih luas.

“Dengan inisiatif ini, diharapkan bilangan CCTV yang dipantau serentak akan bertambah, membolehkan tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan lebih efektif,” katanya lagi.

“Sebanyak 28 unit kamera paparan luar, 20 unit di pasar-pasar awam, dan 15 unit telah beroperasi di premis MBAS sehingga ini.

“KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi projek ‘Bandar Selamat’ di kawasan blackspot Simpang Kuala, yang salah satu komponennya adalah melibatkan pemasangan CCTV pada awal tahun ini,”tambahnya.

“Kita akan memanfaatkan teknologi ini sesuai dengan Alor Setar sebagai bandaraya berdaya huni,”tambahnya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat