Polis Tahan Lelaki Hina Institusi Diraja

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan disyaki membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi diraja di Malaysia menerusi akaun Facebook.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan semalam di Pendang, Kedah.

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 kanun Tatacara Jenayah bermula hari ini (Khamis) hingga Ahad.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai digesa agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara terutama yang melibatkan isu 3R iaitu raja (royalty) agama (religion) dan kaum (race).

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. – Utusan

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat