Tiba-Tiba Sahaja Lim Guan Eng Umum Laluan ECRL Untuk Negeri Sembilan

Menteri Kewangan Lim Guan Eng malam tadi berkata kerajaan ada “berita sangat baik” untuk Negeri Sembilan berhubung pembinaan Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Kata Lim jika rundingan Putrajaya dan Beijing membuahkan hasil jajaran laluan ECRL itu akan diubah suai dan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan.

“Ini berita baik bukan saja untuk negara kita, tetapi juga untuk Negeri Sembilan.

“Saya sebut kerana projek ini, jajarannya akan diubah dan ia bagus untuk Negeri Sembilan,” katanya semasa berucap dalam kempen PH.

PRK Rantau akan diadakan pada 13 April ini dan PH berdepan cabaran sukar merampas kerusi DUN berkenaan yang sebelum ini diwakili bekas menteri besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan.

Beliau juga kini memangku tugas presiden Umno selepas penyandangnya Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan bercuti akhir tahun lalu.

Kata Lim jika penduduk Negeri Sembilan mahukan khabar gembira itu menjadi kenyataan mereka perlu memberikan sokongan agar PH mampu menubuhkan kerajaan yang baik.

“Ini (PH) kerajaan rakyat untuk semua anak Malaysia,” katanya.

Lain-Lain Berita;-

Azmin Betul, Surat Guan Eng Batalkan ECRL Tersebar

Selepas Umum Batal ECRL, Dr Mahathir Kata Kerajaan Sedang Kaji Semula Keputusan

ECRL: Dr Mahathir Arah Lim Guan Eng Tutup Mulut

Isu ECRL Sensitif Babitkan Dua Negara, Jangan Dedah Kepada Media – Daim

Belum Ada Keputusan Mengenai ECRL Walaupun Sebelum Ini Ada Ketetapan – Dr Mahathir

Rakyat dan Pelabur Pening Tengok Pendirian Kerajaan PH Dalam Isu ECRL – Najib

Bagaimanapun anggota parlimen Bagan itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai maksud kenyataannya.

“Saya minta press (media) jangan tanya. Saya tak boleh cakap lebih lanjut sekiranya rundingan mengenai harga (pembinaan ECRL) berjaya.

“Ini berita baik… bukan. Berita yang sangat baik untuk Negeri Sembilan,” katanya lagi. – Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.