Lim Kit Siang Kecewa Kerajaan PH Dipaksa Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom & ICERD

KUALA LUMPUR — Lim Kit Siang kecewa keputusan kerajaan menarik balik ratifikasi Statut Rom.

Penasihat DAP berkata apa yang diputuskan kerajaan “bukan kemahuan mereka” sebagaimana yang berlaku sebelum ini, lapor Sinar Harian.

“Sangat rasa kecewa tetapi kita perlu kaji sangat jelas bahawa perdana menteri sendiri dan kabinet yang buat keputusan semalam sebulat suara bukan kemahuan mereka.

“Mereka rasa dipaksa oleh keadaan dan ini bukan kali yang pertama. ICERD pun ada berlaku,” katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.

Perdana menteri berkata Malaysia yang menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom pada 4 Mac boleh menarik balik surat cara itu sebelum Jun tahun ini. – MalayMail

Lain-Lain Berita;-

Statut Rom, ICERD Bercanggah Dengan Perlembagaan Negara – Sultan Johor

Dr Mahathir Umum Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Selepas Dikritik Pelbagai Pihak

Kebanyakan Menteri Mahu Ratifikasi Statut Rom, Dakwa Tak Bercanggah Perlembagaan

TH Rugi RM10 Bilion Tahun 2018, PH Rancang Tuduh Kerugian Itu Dari Tahun 2017 – Najib

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.