Kebanyakan Menteri Mahu Ratifikasi Statut Rom, Dakwa Tak Bercanggah Perlembagaan

KUALA LUMPUR — Hampir semua menteri atau 90 peratus anggota Kabinet mahu kerajaan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor The Star.

Laporan memetik sumber berkata mesyuarat Kabinet semalam berbincang perkara itu secara mendalam selama beberapa jam dan semua memberi pandangan masing-masing.

Sumber berkata ada beberapa menteri bersetuju agar ia digugurkan demi menjaga Pakatan Harapan dalam kerajaan malah sokongan pengundi Melayu juga kurang pada pilihan raya lalu.

“Sebanyak 90 peratus anggota Kabinet mahu meratifikasi Statut Rome kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata sumber seperti dilapor.

“Ada juga berhujah ia akan mengangkat kedudukan integriti Malaysia di peringkat antarabangsa, tetapi ada juga menteri rasa kami perlu menarik diri demi mengekalkan kuasa.”

Sumber mengandaikan situasi sebagai “izin dalam paksa” macam memaksa seseorang untuk berkahwin dan kami menarik diri disebabkan tekanan. – MalayMail

Lain-Lain Berita;-

Statut Rom, ICERD Bercanggah Dengan Perlembagaan Negara – Sultan Johor

Dr Mahathir Umum Tarik Balik Ratifikasi Statut Rom Selepas Dikritik Pelbagai Pihak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.