Viral Gadis Kongsi Nasihat Ibunya ‘Cari Lelaki Yang Membayangkan Tamat Pengajian Anda, Bukan Saat Anda Sedang Mandi’

Gadis ini kongsikan nasihat yang diberikan oleh ibunya mengenai jodoh. Dipetik dari Facebook Hyacinth Czarina S. Rivera, gadis itu telah berkongsi surat nasihat yang diperolehnya dari ibunya kepada media sosial.

Ia mengenai bagaimana memilih seorang lelaki untuk dijadikan sebagai teman hidup.

Shannel Amira

Gadis ini berkata  ibunya meminta dia  mencari seorang lelaki yang dapat melihat nilainya yang sebenar dan memilih lelaki yang membayangkannya tamat pengajian kelak, bukan seorang lelaki yang membayangkan Hyacinth telanjang semasa mandi.

Ibu Hyacinth juga menasihatkan untuk memilih seorang lelaki yang akan menunggunya sehingga tepat masanya.

“Bukan seorang lelaki yang mahu memenuhi keinginannya semata-mata dan mementingkan diri sendiri,” tulisnya.

Lelaki itu juga harus menghargai rupa Hyacinth walaupun dia tidak memakai solek atau pakaian yang cantik.

 

“Pilih lelaki yang ketika kamu berjuang, kamu selalu ingat kamu tidak akan putus asa.”

Walau bagaimanapun, Hyacinth diminta oleh ibunya supaya menikmati masa mudanya terlebih dahulu.

Menurut ibu, seorang lelaki yang baik adalah mereka yang menantikan kejayaan si gadis.

 

“Anda akan ke sana, jangan tergesa-gesa kerana nilai anggur merah yang terbaik akan diukur dengan waktu,” kata ibunya.

 

Bukan sahaja ibunya memberi nasihat tentang memilih pasangan, wanita itu  juga meminta Hyacinth untuk menghargai hidupnya dan sentiasa rendah hati.

Ibunya tidak mahu Hyacinth mengalami apa yang dialami pada masa lalu dan kemudian menyesali.

“Ibu tidak mahu kamu terus menangis setiap malam kerana sebab yang sama.” kata ibunya.

Melalui surat yang mengandungi nasihat itu, ibu Hyacinth  juga memberitahu betapa pentingnya Hyacinth kepadanya meskipun kadang kala dia mengawal kehidupan anaknya.

Namun semua yang dilakukannya adalah betul dan suatu masa nanti Hyacinth akan berterima kasih kepadanya.

 

Upload Hyacinth ini viral dan telah dikongsi lebih 12,000 kali.

Ramai netizen berasa tersentuh dan bermotivasi selepas membaca surat nasihat daripada ibu Almira ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.