Video: Najib Mohon Rakyat Beri Mandat Pada BN

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji dan berikrar akan melakukan yang terbaik serta lebih baik daripada sebelumnya, jika kemenangan sekali lagi berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, parti itu akan melakukan transformasi lebih besar, inklusif lagi komprehensif kepada rakyat serta negara bagi memastikan perjalanan transformasi tidak terhenti setakat di sini.

Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik buat negara.

“Apa yang penting, dunia sudah berubah dan kita tidak harus lagi berundur ke belakang atau kembali ke zaman silam yang kelam lagi malap serta penuh kesuraman.

“Sebaliknya, kita mesti sama-sama meneruskan kejayaan transformasi inklusif negara ini, untuk menuju masa depan yang lebih cerah serta sudah nampak kelihatan cahaya kegemilangannya,” katanya pada sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.