Parlimen Sah Dibubar Sabtu

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Parlimen Malaysia dibubarkan pada hari sabtu, 7 April 2018.

Pengumuman khas selepas beliau mengadap Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara pada pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan anggota Kabinet.

Ekoran daripada pembubaran tersebut, Najib menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah itu bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sarawak terkecuali daripada mengadakan PRN kerana baru sahaja diadakan pada 7 Mei pada 2017.

Susulan pembubaran Parlimen hari ini, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.