Video : Rani Kulup Mahu Ganti Najip Ali Jadi Juri MLM

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia ( MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menyuarakan hasrat untuk menggantikan Najip Ali sebagai juri dalam rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017.

Beliau berkata demikian selepas difahamkan stesen televisyen berbayar Astro Warna masih mencari juri bagi rancangan itu selepas memecat pengacara popular daripada Singapura itu, semalam.

“Saya nasihatkan kepada Astro banyak lagi juri yang boleh menggantikan tempat Najip Ali. Eh aku ni apa kurang? Rani Kulup… boleh juga jadi pengacara kan..ini rancangan semua orang diminati seluruh peminat lawak jenaka.

“Tapi aku tak nak tengok lagi muka kau (Najip Ali) dalam Malaysia. Banyak lagi yang boleh buat lawak (berkelayakan),”katanya ditemui selepas membuat laporan polis berhubung insiden Najip Ali dan stesen televisyen singapura yang menjadikan Perdana Menteri sebagai bahan lawak, minggu lalu.

Sementara itu ditanya adakah Rani akan memohon kepada Astro supaya memberikannya peluang, beliau berkata ia tidak perlu kerana mendakwa dirinya sudah dikenali dan popular di Malaysia.

Terdahulu, Najip Ali yang menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bahan lawak dan sindiran dalam sebuah rancangan bersiaran di stesen tv negara itu minggu lalu.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.