Rasuah: SPRM Tahan Tiga Pemain

KUALA LUMPUR – Tiga pemain pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA) ditahan kerana disyaki menerima rasuah sebagai habuan untuk mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata seorang daripada mereka adalah pemain import berusia 29 tahun manakala dua lagi ialah pemain tempatan berusia 26 dan 27 tahun.

Mereka dikatakan menerima rasuah antara RM10,000 dan RM30,000 daripada bookie dan ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Sumber itu membayangkan kemungkinan lebih ramai individu akan ditahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tangkapan berkenaan.-BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.