Lindsay Lohan Bercuti Di Phuket Pakai Burkini, Tarik Perhatian Ramai

Lindsay Lohan yang sebelum ini dikhabarkan memeluk Islam, telah mencuri tumpuan apabila dia memakai burkini yang menutup badannya ketika bercuti di Phuket, Thailand, minggu lepas.

Aktres berkenaan bercuti di negara berkenaan selama dua minggu dan sebelum itu dia berada di Dubai, bagi melawat keluarganya.

Lohan, sering dilihat memakai tudung dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan baru-baru ini beliau mendedahkan sedang mempelajari al-Quran.

Dia juga mendedahkan telah menemui ‘ketenangan’ dalam hidupnya, selepas mencecah umur 30 tahun.

“Mempelajari al-Quran adalah sesuatu yang saya temui kedamaian, dalam agama di mana saya temui banyak keamanan.

“Anda tidak boleh hanya memeluk agama dalam sekelip mata, ia adalah satu budaya dan amalan dan saya tidak mahu ulas mengenai sesuatu yang saya belum selesai,” katanya dalam satu program.

Awal bulan ini, Lohan memberikan bayangan bahawa dia akan mengeluarkan jenama tudung sendiri dan telah memuatnaik kapsyen dalam instagramnya “Jenama baru akan datang…’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.