Janna Nick Mahu Potong Rambut Pendek

KUALA LUMPUR – Pelakon Janna Nick akui mahu memotong rambut pendek.

Pelakon itu kini sedang memikirkan untuk kembali memotong pendek rambutnya bagi menjayakan watak dalam drama atau pun filem, lapor mStar.

Kata Janna, sebagai pelakon dia ingin memberi kelainan kepada peranan diberikan agar penampilannya tidak kelihatan sama dalam setiap projek yang dijayakan.

“Saya rela hati kalau pengarah minta saya potong rambut pendek kerana sebagai pelakon saya ingin elak penampilan kelihatan sama sahaja.

“Memang boleh pakai rambut palsu tapi ‘feel’ itu tidak sama dan kurang kepuasan.

Janna Nick tampil dalam filem televisyen Bo Bajet.

“Tambahan pula saya memang selesa berambut pendek tetapi biarlah gaya itu berlainan dan bukannya potongan yang sama,” katanya.

Sementara itu, Janna memberitahu dia akan sekali lagi memotong rambutnya apabila bakal menjayakan sebuah drama bersiri arahan Michael Ang pada Julai depan.

Bagaimanapun kata Janna, itu tidak bererti dia akan kekal dengan imej itu kerana dia tetap akan kembali menyimpan rambut panjang bagi menyesuaikan watak dalam drama lain.

“Macam sekarang rambut saya sudah kembali panjang untuk drama lain dan bulan Julai nanti saya potong semula untuk drama arahan Michael Ang,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.