‘Itu Tanda Kematian Husnul Khatimah’

Beratus-ratus netizen mendoakan arwah seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang solat Maghrib yang menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

KabarMakkah.com melaporkan, ramai yang meyakini lelaki tersebut meninggal khusnul khotimah, kerana meninggal dunia dalam keadaan duduk atau rukuk pada rakaat kedua.

Berita kematian Allahyarham itu ditularkan pemilik akaun Facebook Zainal Abidin Toha, pada Sabtu.

Lelaki itu diketahui bernama Hasan Majid (61), merupakan jemaah solat Maghrib di Masjid Al Mustagfirin Perumahan Mutiara Raya, Makassar.

“Innalilahi wa innalilahi rojiun. Turut berduka cita. Salah satu jamaah Masjid Al Mustagfirin Perumahan Mutiara Raya, telah meninggal dunia.

“Almarhum Hasan Majid umur 61 meninggal dunia di masjid dalam keadaan sementara Shalat Magrib rukuk / duduk pada rakaat kedua.

“Semoga amal ibadahnya diterima di sisi Allah SWT dan yang ditinggalkan diberi ketabahan dalam menghadapi cubaan ini. Aamiin. Almarhum terus dibawa ke kampung halaman di Soppeng oleh keluarga, anak dan sanak family ba’da Isya. #khusnulkhotimah. Al-Fatihah, “tulis Agus.

Akaun Facebook HKP Humas KelurahanPai juga menyiarkan berita mengenai kematian lelaki tersebut.

Di sebuah video live turut dimuat naik menerusi akaun itu dimana orang ramai tidak putus mengerumuni sekitar jenazah Hasan, seolah-olah seperti jenazah pembesar.

“Innalillahiwainnailahirojiun semoga khusnul khotimah,” komen Nirma Nurul.

Abd Rasyak Nojeng juga mengatakan, “Itu salah satu tanda kematian husnul khatimah semoga diberi tempat yang layak di sisi Allah SWT amin.”

Beberapa bulan lalu, dua lelaki turut dilaporkan meninggal di kawasan itu dalam keadaan yang sama sujud dan rukuk.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.