Video: Wanita Islam Dihina Kerana Memakai Jubah

LONDON – Seorang wanita Islam Britain berusia 25 tahun dihina dengan panggilan ‘Batman’ oleh seorang lelaki ketika membeli belah di sebuah kedai runcit kerana memakai jubah dan melindungi wajahnya dengan tudung.

 

Ahlam Saed dipersendakan lelaki berkenaan di depan dua anaknya. “Saya cuma mahu membeli sebungkus gula-gula Starburst.

 

Saya memasuki kedai itu dan beliau memanggil saya ‘Batman’ dan mula menyanyikan lagu tema filem itu. “Saya tidak boleh membiarkan beliau begitu saja, sebab itu saya merakamkan kejadian itu dengan telefon bimbit.

 

Saya perlu tegas, saya tidak mahu beliau rasa boleh terus menghina saya,” Saed dipetik sebagai berkata oleh akhbar Evening Standard.

 

 

Video itu menunjukkan lelaki berkenaan berulang kali bertanya Saed: “Mengapa berpakaian begitu? Anak saya tidak dapat melihat wajah kamu, siapa kamu?

 

“Ini negara Kristian. Kristian, dunia barat.”

 

Saed ketakutan apabila lelaki itu semakin marah selepas beliau memarahinya dan menggelarnya ‘jahil’ sebagai reaksi kepada panggilan ‘Batman.’

 

Saed yang berpindah ke London ketika berusia dua tahun, mula melindungi mukanya empa tahun lalu dan satu-satunya dalam keluarga yang berbuat demikian. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.