Video: Program Permata, Najib Puji Rosmah Komited

NILAI – Kejayaan program Permata Insan yang dikelolakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat perhatian suaminya.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuji usaha dan peranan yang dimainkan oleh Rosmah dalam menjadikan misi program tersebut terlaksana.

 

“Inilah perkara yang kita mahukan dan saya akan beri sokongan sepenuhnya kepada program ini.

 

“InsyaALLAH, saya ingin melihat program ini berjaya apatah lagi dengan kemudahan di sini sangat baik sekali,” katanya ketika merasmikan Kompleks Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), semalam.

 

 

Perdana Menteri berkata sangat terharu dan mengganggap mereka yang belajar di situ sangat bertuah kerana kemudahan di kolej berkenaan begitu canggih dan ke hadapan.

 

“Alangkah beruntungnya kalau dapat belajar di kolej ini.

 

“Kemudahan yang ada sangat baik sekali. Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan program ini,” katanya lagi.

 

Tambah beliau, penghargaan harus diberikan kepada semua kakitangan mereka yang banyak membantu untuk menjayakan program tersebut terutamanya kepada mereka membantu untuk mengumpulkan dana.

 

“Tentu sekali tak kena kalau saya tak beri penghargaan (kepada Rosmah) bukan kerana dia isteri saya tapi dia yang bertanggungjawab untuk menjadikan program Permata Insan ini sebagai satu kenyataan.

 

“Saya tahu isteri saya ini sanagt sangat komited kerana dia sentiasa fikir pasal program ini, setakat ini, tiada cadangan untuk menghantar pelajar menunaikan umrah.

 

“Namun dia berusaha menjayakan dengan menghantar pelajar tingkat dua ke sana, mudah-mudahan tingkatan Satu ada peluang pergi umrah juga,” katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.