Video: Penguatkuasa MBMB Ditumbuk Ketika Operasi Mesin Judi Haram

MELAKA TENGAH – Beberapa lelaki dilaporkan cuba menghalang tugas pasukan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam satu kejadian  di Taman Asean, petang semalam.

 

Menurut laporan tiga lelaki terbabit dikatakan berang apabila anggota penguatkuasa MBMB bertindak merampas mesin judi kuda milik mereka yang beroperasi secara haram.

 

Tidak cukup dengan itu, kumpulan lelaki tersebut turut bertindak menutup jalan bagi menghalang kenderaan MBMB merampas mesin kuda mereka dirampas.

 

 

Berdasarkan klip video yang dimuatnaik di laman media sosial, suspek turut bertindak biadab dengan memaki hamun anggota yang bertugas MBMB.

 

Salah seorang suspek turut dilihat mengeluarkan parang samurai bertujuan untuk menghalang operasi yang dijalankan itu.

 

Malah beberapa anggota MBMB dilaporkan turut ditumbuk menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal seketika. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.