Suami Mabuk Pukul Isteri Sampai Mati Guna Batang Mop

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas ditemui mati di rumahnya dipercayai selepas dipukul oleh suaminya menggunakan batang pengelap lantai dalam kejadian di Shah Alam.

 

Kejadian berlaku pada Isnin, apabila mangsa, R Vimala dipercayai dipukul suaminya yang mabuk kira-kira jam 11.30 malam di rumah mereka di Seksyen 20.

 

Bagaimanapun, kematian Vimala hanya disedari suaminya pada keesokan harinya, kira-kira jam 9.30 pagi pada Selasa.

 

Memetik laporan The Star, selepas memukul mangsa menggunakan batang pengelap lantai, suspek masuk ke dalam bilik untuk tidur manakala mangsa ditinggalkan terbaring di atas sofa di ruang tamu.

 

“Suspek hanya menyedari kematian isterinya keesokan harinya,” kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, ASP Shafien Mamat.

 

Katanya, polis menahan suami mangsa yang juga berumur 60 tahun selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.

 

“Suspek menghidap penyakit kencing manis dan tidak mampu berjalan dengan sempurna,” katanya.

 

Mayat mangsa yang cedera di kepala dan badan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

 

Polis juga menahan anak saudara pasangan itu berumur lingkungan 30-an untuk membantu siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.