Raja Ema Nekad Bersara, Mahu Hidup Di London Lepas Nikah

KUALA LUMPUR – Masih kelihatan menawan pada usia 48 tahun, Raja Ema Raja Ibrahim bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan yang bertugas di London.

 

Penyanyi lagu “Jejaka Idaman” berkata pernikahannya dijadualkan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri yang turut menyaksikan titik noktahnya dalam industri seni.

 

“Apabila sudah bersara nanti, saya memang akan terus senyap dan fokus terhadap keluarga dan perniagaan.

 

“Ya, saya sudah betul-betul nekad untuk bersara. Selepas berkahwin, saya akan tinggal bersamanya (suami) di London.

 

“Bukan senang untuk membuat keputusan tersebut, tetapi demi kebaikan bersama, saya sanggup,” katanya, juga popular dengan lagu “Angan-angan” kepada Kosmo!.

 

Raja Ema berkata bakal suaminya itu seorang yang memahami dan dapat menerima kehadiran dua anaknya iaitu Putera Ammar, 22, dan Putera Al Kashah, 20.

 

Katanya, pelakon terkenal pada 1980-an dan 1990-an, calon suaminya itu bukan satu-satunya lelaki yang tampil tetapi ada dua lelaki lain yang menaruh minat padanya.

 

“Ya, kadang-kadang saya berasa pelik padahal ramai lagi wanita cantik dan muda di luar sana, tetapi kenapa saya yang dipilih?

 

“Dua lelaki berkenaan bukan sahaja cuba memikat, bahkan turut melamar saya untuk dijadikan isteri.

 

“Bagaimanapun, saya menolak secara baik dan masih lagi berkawan dengan mereka,” bekas model itu dilaporkan berkata.

 

Ibunya Yusni Jaafar juga seorang seniwati negara yang dikagumi ramai beberapa dekad lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.