Polis Tahan ADUN PKR Halang Pembinaan Menara Telekomunikasi

KUALA LUMPUR – Polis menahan ADUN PKR Chan Ming Kai hari ini ekoran membantah pembinaan menara telekomunikasi di kawasan perumahan di Indera Kayangan.

 

Memetik status di laman sosial Facebooknya, Chan berkata beliau ditangkap di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan kunci keretanya turut dirampas polis.

 

ADUN itu melakukan protes dengan duduk di bangku plastik di bawah payung di tapak pembinaan yang dicadangkan di Taman Mutiara / Taman Jaya Diri bermula 8 pagi hingga jam 3 petang semalam.

 

“Perlis Comm tiada permit khas dari PTG (Pejabat Tanah dan Galian) untuk guna tanah pertanian bina menara. Polis kalau nak tahan saya bawah seksyen 188 penal code perlu ada warrant,” katanya di Facebook.

 

Perlis Comm Sdn Bhd adalah anak syarikat negeri yang aktiviti utama adalah untuk membina menara telekomunikasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.