Pesawat Rejim Bashar Ditembak Jatuh

BEIRUT – Kumpulan penentang rejim Syria menembak jatuh sebuah pesawat di selatan bandar Aleppo, tempat mereka bertempur dengan tentera Syria dan sekutu militannya.

 

Kumpulan Pemerhati bagi Hak Asasi Syria (SOHR) berkata, kepulan asap dapat dilihat ketika pesawat itu terbakar dan terhempas di Talat al-Eis.

 

Kumpulan Barisan al-Nusra yang ada hubungan dengan al-Qaeda di kawasan tanah tinggi itu menjadi sasaran pengeboman besar-besaran oleh pesawat tentera Syria dan Russia sejak beberapa hari lalu.

 

Menurut SOHR, pesawat itu dipercayai diterbangkan juruterbang warga Syria.

 

Barisan al-Nusra tidak terbabit dalam gencatan senjata antara kerajaan dengan kumpulan penentang lain.

 

Jumaat lalu, pejuang al-Nusra berjaya memaksa tentera Syria berundur dari Al-Eis, bandar strategik di Aleppo.

 

Dalam rakaman video mengenai kejadian semalam yang dimuat naik ke laman media sosial, sekumpulan orang dilihat mengepung seorang lelaki, dipercayai juruterbang pesawat itu.

 

Ada dalam kalangan mereka kedengaran menjerit: “Dia warga Syria. Ambil senjatanya.” – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.