Pesawat Malaysia Airlines Guna Logo Retro

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines mengumumkan penggunaan semula pesawat B747-400 miliknya de­ngan imej asal syarikat tersebut.

 

Menurut Malaysia Airlines Bhd. (MAB), penggunaan semula imej tersebut adalah bagi meraikan nilai-nilai sejarah syarikat penerbangan berkenaan.

 

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines, Paul Simmons berkata, pesawat yang diberikan gelaran Queen of the Skies akan memulakan operasinya untuk meraikan imej dan reka bentuk lama jenama syarikat penerbangan itu.

 

“Nilai-nilai retro ini pastinya akan menarik perhatian pelanggan-pe­langgan syarikat dan akan me­nemui pesawat dengan gaya 1970-an ini apabila sudah beroperasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Pesawat itu dijangka bakal digunakan di dalam operasi Malaysia Airlines pada bulan ini untuk ke beberapa destinasi terpilih.

 

Imej baharu itu menggunakan logo lama iaitu wau bulan Kelantan. Jelas MAB, penggunaan logo itu berkait rapat dengan ciri-ciri negara ini.

 

MAB juga menjelaskan, pesawat itu kemudiannya akan digunakan sebagai pesawat tambahan syarikat untuk tujuan tertentu ke beberapa destinasi jika diperlukan. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.