Penjaga Gol Simpanan Melaka United Parah Dipanah Petir

BANDARAYA MELAKA – Penjaga gol simpanan pasukan Melaka United cedera parah selepas dipanah petir semasa satu sesi latihan di Krubong di sini kelmarin.

 

Dalam kejadian itu, seorang lagi pemain, Muhammad Afiq Azuan, 21, dilaporkan turut cedera.

 

Menurut Pengurus skuad Piala Presiden Melaka Khairi Anuar Ahmad, Marco Stefan Petrovski, 18, seorang pemain naturalisasi Melaka United sedang menjalani latihan ketika kejadian kira-kira jam 5 petang itu.

 

Menurutnya, sehingga kini, Marco masih  belum sedarkan diri dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

 

“Muhammad Afiq pula berada dalam keadaan sedar dan kini turut dipantau di Hospital Melaka,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.