Pemandu Rentung Kereta Langgar Lori

BANDAR BAHARU – Seorang pemandu rentung selepas keretanya terbakar sejurus terbabit kemalangan di Kilometer 175.8 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Serdang, dekat sini awal pagi tadi.

 

Kejadian kira-kira jam 2.20 pagi apabila PERODUA Myvi dipandu mangsa dari arah Bandar Baharu menuju Bukit Merah, melanggar belakang sebuah lori lalu terbakar.

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.25 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikejarkan ke lokasi.

 

“Sebaik tiba, ada seorang mangsa rentung sepenuhnya di dalam PERODUA Myvi dan usaha mengeluarkan mayat segera dilakukan. Setakat ini, jantina dan identiti mangsa masih gagal dikenal pasti dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.