Video: Netizen Kecam Tindakan Rafizi ‘Berlakon’ Tangan Kena Gari

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dikatakan berpura-pura digari oleh pihak polis ketika ditahan semalam dikecam para pengguna media sosial.

 

Menurut pemilik akaun Abdul Rahman Abdul Kadir tindakan Setiausaha Agong PKR itu merupakan helah yang sengaja dibuat bagi mendapatkan simpati masyarakat.

 

“Ni baru keluar kat Buletin Utama TV3. Member aku record and snap. Muka macm ni hangpa nak kesian? Tengok! Jalan dgn tangan macam kena gari. Tapi mana ada kena gari?!!! Penipu tak habis-habis wey. Sampai jaja gambar anak nak dapat simpati,” katanya memetik kenyataan di status tersebut.

 

 

Terdahulu pengendali laman Facebook Rafizi memuatnaik status yang mendakwa beliau ahli parlimen Pandan itu telah digari seperti penjenayah.

 

“Sdr Rafizi baru tiba di Istana Kehakiman Putrajaya. Digari seperti penjenayah. Sebarkan!! ujar kenyataan di status tersebut.

 

Paling menarik ada dikalangan penyokong Rafizi yang sebelum ini melahirkan rasa sedih apabila melihat Rafizi berjalan dalam keadaan seperti  ‘digari’ itu.

 

“Semua orang ada MARUAH DIRI SENDIRI…. YB ini bukanlah penjenayah berbahaya…tak perlulah digari macam penyamun…. hormatlah sikit ahli parlimen krn dipilih oleh rakyat…malulah,” ujar Loganathan Sivajothy.

 

“Kezaliman kerajaan BN…yg benar di gari..yg salah dibahaskan….bangkit semua lawan kezaliman,” kata Amy Ada pula.

 

Bagaimanapun pengendali laman tersebut kemudiannya meminda status tersebut tidak lama selepas itu dan perkataan ‘digari’ telah dihilangkan.

 

Tinjauan SuaraTV selepas pendedahan itu mendapati rata-rata pelayar laman sosial menyifatkan Rafizi sebagai seorang penipu dan pelakon yang hebat kerana pandai bermain dengan emosi rakyat.

 

“Buruknya perangai sotong dari muda smpai tua mnipu jer kerja… Haha” katanya dalam komen yang dimuatnaik,” kata Aaisyah Qairen Syah.

 

“Perghhh jahat betui ini orang…adea hati nak membangkitkan sentimen kebencian terhadap kerajaan” ujar Najmuddin Mohamed.

 

“Hidup, kalau tak bawa manfaat kepada rakyat terbanyak, lebih baik ‘padam’,” kata Mohd Khairi Bin Ahmad pula.

 

Rafizi kini ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan ke atas kesalahan membocorkan dokumen rahsia. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.