Nama ‘Superhero’ Jadi Pilihan

Fenomena Superhero sudah menjadi kegilaan masyarakat apabila komik telah diadaptasi ke layar perak sehingga menjadi suatu ‘trend’ pada ketika ini.

 

Namun ‘trend’ ini bukan hanya di adaptasi ke layar perak tetapi juga kepada kad pengenalan individu  apabila penggunaan nama superhero telah diberikan kepada anak-anak yang baru lahir.

 

Penggunaan nama superhero yang kini menjadi trending di media sosial ialah Batman Bin Suparman yang dilihat menyerupai nama superhero terkenal iaitu Superman dan Batman.

 

Lelaki tersebut dikatakan beerasal dari Singapura dan berketerunan Jawa dan berusia linggkungan 26 tahun.

 

Keunikan ini menjadi viral di media sosial dan rata-rata daripada mereka menyifatkan nama tersebut sebagai suatu yang unik dan melucukan. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.