Aktivis Dakwa Air Asia Hidang Nasi Lemak Cicak Dalam Pesawat

KUALA LUMPUR –  Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin PMSP, Ramesh Rao mendakwa Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia telah menghidangkan ‘Nasi Lemak Cicak’ ketika beliau menaiki pesawat milik syarikat perbangan tersebut.

 

Hal ini telah dimuat naik dalam status beserta gambar di akaun Facebook milik beliau dengan jelas menunjukkan  bahawa terdapat cicak dalam nasi lemak tersebut.

 

“Cicak dalam nasi lemak yang dijual dalam Kapal terbang Air Asia!! Awas” katanya dalam status Facebook miliknya sebentar tadi.

 

Status tersebut telah menarik perhatian netizen dan rata-rata dari mereka terkejut dengan insiden tersebut dan berharap agar tindakan dan siasatan dapat diambil.

 

SuaraTV sedang berusaha untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak pengurusan Air Asia berhubung isu ini.

 

Terdahulu seorang penumpang, Awang Waseem mendakwa cicak tersebut ditemui ketika beliau sedang menikmati nasi lemak yang dijual di dalam pesawat berkenaan.

 

Menurutnya kejadian tersebut berlaku pada 27 Mac lalu ketika dia menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuching dari KLIA.

 

“Semasa saya sedang makan, saya terjumpa seekor cicak di dalam makanan saya. Saya telah memaklumkan kepada pramugara dan dia meminta bekas makanan saya untuk ditukar yang lain.

 

“Tetapi saya tidak mahu bagi. Setelah saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching saya terus ke balai polis buat laporan,” katanya menerusi laporan yang dibuatnya.

 

Waseem berkata, laporan polis yang dibuatnya itu juga bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan dirinya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.