Ronaldo Ledak 5 Daripada 9 Jaringan Real Madrid

MADRID – Buat pertama kali Cristiano Ronaldo meledak lima gol dalam satu perlawanan apabila Real Madrid membenam Granada 9-1 awal pagi tadi, sekali gus menyaksikan berbeza satu mata daripada pendahulu La Liga, Barcelona.

 

Gareth Bale pula meneruskan kecemerlangannya selepas membantu Wales minggu lalu dengan melakukan gol pembukaan pada minit ke-25.

 

Tiba giliran Ronaldo selepas itu apabila menyumbat tiga gol dalam masa lapan minit, semuanya pada separuh masa pertama.

 

Karim Benzema pula meledak dua gol pada minit ke-52 dan minit ke-56. Gol keempat Ronaldo pada minit ke-54 dan kelima pada minit terakhir. Sebelum itu, pertahanan Granada, Diego Mainz menyumbat gol sendiri pada minit ke-82.

 

Pasukan pelawat bagaimanapun berjaya mendapat gol sagu hati pada minit ke ke-73 menerusi Robert Ibanez.

 

“Gembira apabila dapat menjaringkan lima gol hasil kecemerlangan bermain sebagai satu pasukan. Terima kasih atas semua sokongan anda,” kata Ronaldo dalam posting akaun Twitternya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.