Polis Kelantan Rampas 1,397 Pil Kuda, Dua Beranak Ditahan

PASIR PUTEH – Polis Kelantan berjaya merampas 1,397 pil kuda bernilai RM41,000 dalam serbuan rumah di Kampung Dalam Pupoh, Saring Pasir Puteh, Jumaat lalu.

 

Dalam serbuan 1.30 pagi, polis turut menahan dua beranak berusia 44 dan 18 tahun dalam serbuan berkenaan.

 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, dua suspek itu ditahan ketika mereka sedang leka bermain judi bersama enam lelaki lain.

 

“Pemeriksaan terhadap suspek menemui dadah seberat 142 gram di dalam beg.

 

“Dua suspek direman tujuh hari sejak 3 April lalu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang media di IPD Pasir Puteh di sini, hari ini. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.