PM Akan Jawab Kritikan Mahathir – Shahrir Samad

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menjawab segala kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

 

Shahrir berkata, kritikan dilemparkan perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu kini lebih bersifat peribadi dan pihaknya mencadangkan Najib segera menjawab kritikan Dr Mahathir.

 

“Kami ada berbincang, mana yang boleh kami jawab seperti isu jet, 1MDB dan BR1M, tetapi kami juga nasihat tentunya sampai masanya Najib kena berikan jawapannya.

 

“Isu ini kadang-kadang kita tidak boleh buat tidak tahu dan saya percaya Najib akan beri jawapan kepada tuduhan-tuduhan ini.,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen di sini.

 

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata, kritikan Dr Mahathir kini dilihat lebih terbuka dan bersifat peribadi terhadap Najib.

 

Mengulas lanjut isu itu, Shahrir berkata ianya kes lapan tahun lepas sebelum Najib menjadi Perdana Menteri dan telah melalui proses perundangan tertinggi.

 

“Pelik lepas didapati bersalah kenyataannya (Sirul) lebih bernilai.

 

“Kami tidak ada keraguan soal kedudukan Najib dalam kes ini dan beliau telah buat sumpah lakwat dengan ikhlas,” katanya.

 

Dr Mahathir minggu lepas di laman blog chedet.cc bukan saja mengkritik secara terbuka, malah kritikannya terhadap Najib dilihat lebih keras apabila berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya Najib masih mengetuai parti Melayu itu untuk menghadapi pilihan raya.

 

“Isu ini kadang-kadang kita tidak boleh buat tidak tahu dan saya percaya Najib akan beri jawapan kepada tuduhan ini,” kata Shahrir.

 

Hadir sama pada sidang media itu ialah ahli BNBBC termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.