Penyokong TunM ‘Serang’ Pengkritik

Kuala Lumpur – Hanya kerana memberikan pendapat dan menjawab persoalan yang dibangkitkan, penulis warkah ‘Surat Terbuka Buat Ayahanda TunM’, Dr Aznil Hisham dikecam dan ‘diserang’ para penyokong mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Rata-rata penyokong bekas perdana menteri itu, menyifatkan tindakan Dr Aznil itu sebagai biadap kerana disifatkan baru setahun jagung berbanding Dr Mahathir yang pernah memimpin negara selama 22 tahun.

 

Menurut Dr Aznil ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi tindakan mereka itu jelas tidak matang dan tidak profesional hanya kerana beliau tampil menjawab persoalan yang dibangkitkan.

 

“Surat terbuka kepada Tun Mahathir menyebabkan ramai sahabat dari pro-TunM Tun begitu tak senang hati dan memaki hamun saya seolah-olah saya adalah pembangkang.

 

“Saya ingin jelaskan sekali bahawa saya sangat menyayangi Tun tetapi kasih saya lebih kepada negara” ujar pengamal perubatan di sebuah hospital kerajaan di ibukota kepada SuaraTV.

 

Terdahalu Dr Aznil sebelum ini mempertikaikan tindakan Dr Mahathir yang menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan persoalan-persoalan yang telah dijawab.

 

“Ayahanda yang saya kenal seorang yang senantiasa membaca dan tekun dalam mencari maklumat, namun persoalan-persoalan ayahanda tidak menggambarkan ayahanda sepertimana yang saya gambarkan.

 

“Sikap seperti ini adalah serupa dengan penyokong-penyokong PR (Pakatan Rakyat) yang tidak berotak” ujarnya di dalam surat terbuka itu.

 

Walaupun ramai yang mengecam penulisan tersebut, ada juga pengguna media sosial Facebook yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan di dalam surat tersebut.

 

Azizan Shaari: Aku setuju dgn aznil ni…seeloknya tun ni gunakan pengalamannya utk memperkukuh dan menegur secara dalaman kalu dia jujur sayangkan melayu dan negara…ini tidak apabila najib x ikut kehendaknya akan diserang sehingga menguntungkan pembangkang…apakah dia suka sekiranya dap mentadbir negara ini…

 

Fajar Abbas Madey: Tolong gabung ukhwah islamiya..bersatukan org melayu Islam..kurangkan berpolitic

 

Mohammad Bin Uyob Mohammad: Mamak kutty ini dah nyanyok

 

Selain daripada Dr Aznil, salah seorang Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia turut diserang dan difitnah kerana menjawab persoalan yang sama.

 

Menurut Lokman Noor Adam disebabkan pandangan tersebut beliau turut dikecam dan difitnah oleh para penyokong Tun Mahathir.

 

“Kadang-kadang saya hairan dengan penyokong TunM yang begitu taksud dengan beliau, seolah-olah beliau maksum dari segala dosa.

 

“Isunya apabila Tun menyerang Perdana Menteri, mereka semua bergembira dan bersorak namun apabila ada yang menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka melenting bagai nak gila” ujarnya.

 

Menurut Lokman, apabila mereka gagal menjawab persoalan yang dibangkitkan, dirinya difitnah dengan isu lama yang telahpun dijawab sebelum ini.

 

“Sebagai contoh, mereka mendakwa saya memijak dan membakar bendera Malaysia semata-mata untuk membunuh karakter saya.

 

“Saya sudah bersumpah tahun 2009 lagi dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa saya tidak pernah memijak atau membakar bendera Umno atau bendera Malaysia, isu tersebut sengaja dibangkitkan oleh penyokong Tun M, tapi percayalah saya tidak akan gentar mahupun takut dengan politik murahan yang digunakan seperti itu” katanya lagi.

 

 

 

Baca: Surat Terbuka Buat Ayahanda Tun Mahathir – Aznil Hisham

One thought on “Penyokong TunM ‘Serang’ Pengkritik

  • April 7, 2015 at 9:59 am
    Permalink

    ermm.. Mcm nk komen yek.
    Macam nilah… Saya bukan datang dr keluarga yg berkepentingan politik ayah sy peneroka shj.
    Dr Aznil n Lokman Noor Adam tahu tak yang rakyat khususnya golongan kelas bawahan begitu terkesan dengan kos sara hidup? Sangat2 terkesan. Persoalan- persoalan kepada DSN bukan baru diperbualkan rakyat. Ianya sudah sangat lama. Terlalu lama. Tetapi apabila rakyat bercakap, ianya hanya menjadi bualan kedai kopi. Kalau panggil media sekalipon ianya xkan ditayangkan. Sebabnya kami hanya rakyat kelas bawahan. Tetapi mereka (ahli politik) perlu tahu, yang mengundi mereka bukan golongan kapitalis. Dan apabila samapai ke kemuncak, Tun.M menyatkan secara terbuka, dan rakyat yg menyokongnya bukan membabi buta. Kami tidak mempunyai apa2 kepentingan politik. Kami tidak kaya dengan politik. Malah kamilah yg selama ini membantu ahli politik itu menjadi kaya raya. Golongan kelas bawahan ini bukan yang bodoh pendapatannya xsehebat golongan profesional macam kalian berdua.
    Apabila kegelisahan rakyat tidak ditangani, kesannya seperti yang Tun.M katakan.
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.