Dewan Rakyat Bertafakur Memperingati Mangsa Nahas Helikopter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan lima lagi mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih Sabtu lepas.

 

Seluruh ahli Parlimen beragama Islam diminta menyedekahkan al-Fatihah buat mangsa manakala wakil rakyat bukan Islam bertafakur sebagai tanda memperingati mangsa nahas berkenaan.

 

Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said menyatakan pemergian Jamaluddin adalah kehilangan besar kepada negara kerana peranannya menyumbang tenaga membangun negara termasuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

 

“Bagi pihak Yang Dipertua Dewan Rakyat dan pihak parlimen kami mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Puan Sri Dr. Kalsom Ismail dan seluruh keluarga Allahyarham, ” katanya yang seterusnya menyenaraikan jawatan-jawatan yang pernah dipegang Allahyarham sepanjang khidmatnya dengan kerajaan, termasuk sebagai Duta Khas ke Washington.

 

Ismail turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin berwibawa, mengambil berat kebajikan rakyat sepanjang menjadi wakil rakyat selama enam penggal. – Bernama/Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.